Thursday, July 10, 2014

Pic 1 : bag with wallet
Pic 2 : bag with pouch

Semuanya harga rm140 termsk postage

Material dan gred : aaa
Warna : soft pink, black, brown, blue and red

Wednesday, July 9, 2014

Hanya sapukan secalit sahaja Foundation Kroyolan dimuka, mengembalikan keserian wajah. Bertahan selama 8jam.
Boleh dipakai tanpa compact powder @ compact powder.

Tips
1.calitkan foundation kroyolan
2.ratakan menghala ke arah atas
3.bagi kawasan berparut,tebalkan sedikit shj
4.bentukkan dan lukiskan kening anda
5.warnakan alis mata dengan eyeshadow
6.lorekkan garisan dengan eyeliner
7.pakaikan mascara,setiap belah mata diulang sebanyak 3x. Ini untuk bulu mata menjadi melentik dengan sendiri
8. Pakaikan blusher. Jangan terang sangat. Ambil soft pink @ soft brown shj
9. Pakaikan lip ice dan disudahi dengan lipstik

Berminat,utk dptkan kroyolan utk digayakan pada hari raya ini,boleh jer wassap diana
012-9845644

Walaupun,bekas kecik tp bertahan hgga 5bulan.
Cepat wassap diana segera.

Mk

Coming soon
Mk set
Gred 3a

SUP AYAM ISTIMEWA

Bahan-bahan ( 8org )
  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng
Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
     

NASI KERABU KELANTAN


Sambal Kelapa
Bahan-bahannya:
Sebiji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
5-6 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10-15 biji lada hitam
3-4 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam secukup rasa (kena lebih sikit gula dan garamnya…jangan takut untuk rasa yang lebih ummmph)


Cara:
Tumbuk halus/lumat semua bahan. Gaulkan hingga sebati/mesra. Sudah siap, tekan-tekankan hingga rapat dan disendukkan ke dalam pinggan waktu menghidang nanti.

Sambal Tumis
Dua paket kecil santan/ agak-agak 1 atau 11/2 biji kelapa
5-7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
3-4 batang serai
5-6 biji cili kering
Gula/gula melaka
Asam keping/asam jawa
Budu
Garam- hati-hati dengan garam, jika kuah telah masin dengan budu, garam tidak perlu.


Cara memasak:
Masukkan santan dalam periuk. Biarkan hingga menggelegak tanpa perlu dikacau.
Mesinkan semua bahan kecuali asam keping. Masukkan dalam santan yang sedang menggelegak tadi bersama asam keping. Kacau sekali-sekala.Masukkan gula,budu dan garam. Masak sampai kuah pekat dan pecah minyak. Rasanya mesti masam, manis dan masin.


Sayur Ulam
Bahan-bahannya:
Timun
Kacang panjang
Kubis
Bunga Kantan
Daun Kesum
Taugeh
Racik halus-halus dan gaul bersama.

Ulam sebenar/asal
Pucuk Serai Kayu/ Pucuk Salam?
Kacang Panjang
Daun Kesum
Timun
Bunga Kantan

Air Lada (Jika masak nasi kerabu hitam)
10 biji cili padi merah
Cuka
gula
garam

Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam (1 bhgn garam, 2 bhgn gula) dan dibancuh dengan cuka.

Nasi
Boleh memasak nasi biasa.
Boleh masak nasi warna biru( gunakan pewarna atau bunga nasi kerabu0
Boleh masak nasi berwarna kuning
Boleh masukkan serai dan daun limau purut untuk mewangikan nasi dan menambahkan selera.


Budu
Perahkan asam limau nipis (paling sedap limau kerat lintang tapi hanya ada di Kelantan)
Lenyekkan cili padi.

Pilihan Side dishes: (bagi saya cukup dengan keropok goreng je, baru betul-betul menikmati rasa sambal kelapa dan tumis tadi…)
Solok lada
Daging/ayam bakar
Keropok goreng
Telor asin

Cara memasak nasi kerabu ni memang remeh, tetapi bila sudah biasa ia jadi ringkas dan berbaloi-baloi.
Selamat mencuba…..cuti sekolah nanti bolehlah ke dapur untuk cuba resepi ini…..bye


TIPS HILANGKAN STRESS


ANTARA TEMPAHAN YANG DIANA BUAT..KALAU NAK, BOLEH BGTAHU K