Wednesday, July 9, 2014

KEK COKLAT GANACHE

Bahan A

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair / susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 sudu kecil serbuk nescafe
semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B
 (ayak)

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C

4 biji telur diblender (kak Noor Masri pukul hingga kembang, FnF pun sama...)


Cara2

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.
 
Coklat Ganache
Bahan-bahan
-300gm dark coklat
-1 sb butter
-150ml whipping  cream

Cara
-cairkan coklat secara double boiler
-masukkan butter, kacau hingga larut
-masukkan whipping cream & kacau sebati....


No comments:

Post a Comment