Wednesday, July 9, 2014

KEK PUDING KARAMEL

BAHAN A - GULA HANGUS:
 
*         2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan
 

BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:
 
*         1 cawan susu cair
*         1 cawan susu pekat manis
*         1 sudu teh esen vanila
*         3 bj kuning telur
*         2 biji telur (putih & kuning)


BAHAN C - LAPISAN KEK:
 
*       140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
*       70 gm gula kastor
*       3 bj kuning telur
*       135 ml air biasa
*       1 sudu teh baking powder
*       45 ml minyak masak
*       2 sudu besar susu pekat manis

BAHAN D - MERINQUE
 
*       6 biji putih telur
*       70 gm gula kastor
*       1 sudu teh krim tartar

 
CARA MEMBUATNYA :
 
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
  2. Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
  3. Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
  4. Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
  5. Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
  8. Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja

No comments:

Post a Comment